my secret view

 photo 627201q5jaigt1eg.gif

Kronologi Golongan Anti Hadith~



secara ringkasan ~(n__n)~ 

Golongan Anti Hadis Zaman Dahulu
Bermula pada kurun ke 2 Hijrah atau 8 Masihi :
1)      Menolak as-sunnah sebagai salah satu sumber perundangan
2)      Hadis bukan penerang kepada al-Quran
(Fazlur Rahman. Kebangkitan Semula dan Pembaharuan Islam : Satu Kajian Tentang Fundamentalisme Islam. 2008. Kuala Lumpur : ampang Press Sdn. Bhd. Hlm 56)
Antara golongan yang menolak Hadis ialah :
1)      Khawarij : menolak hadis-hadis jumhur sahabat kerana menurut mereka sahabat-sahabat ini menyetujui tahkim. (hlm 49)
2)      Syiah : menolak hadis jumhur sahabat kecualai diriwayatkan oleh para pengikut Ali dan mesti melalui jalur imam-imam mereka. (hlm 50)
3)      Muktazilah : menolak hadis ahad dan mutawatir kerana kemungkinan terjadinya kebohongan pada tawatur (riwayat kolektif). (hlm 51)
·        Al-Wasiliyyah – pengikut Wasil bin Ata’ (hlm 52)
·        Al-Amriyyah – pengikut Amr bin Ubaid (hlm 53)
·        Al-Huzailiyyah – pengikut Hudzail Muhammad (hlm 54)
·        An-Nazzamiyyah – pengikut Ishaq Ibrahim (hlm 55)
(Shalahuddin Maqbul Ahmad. 2002. Jakarta : Pustaka Azzam)
Golongan Anti Hadis Zaman Moden
·        Orientalis barat (Musytariqun)– oleh Goldzieher yang mempertikai kebenaran hadis. (Danial Zainal Abidin. Minda Muslim Super. 2008. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn. Bhd. Hlm 159)

·        Antara tokoh dari Mesir yang terpengaruh dengan tulisan- tulisan orientalis  adalah Dr. Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr. Ahmad Amin, Dr Rasyad Khalifa, Dr. Abu Rayyah, Amin Salih Abu Bakar dan Ahmad Syadi Anu Syadi. (Danial Zainal Abidin. Minda Muslim Super. 2008. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn. Bhd. Hlm 159)
·        Golongan al-Quraniyyun (Jemaah al-quran) – oleh Abdullah Jakralawi (1902 M) di Lohore

·        Di Amerika Syarikat (Barat) – Dikembang oleh Dr. Rashad Khalifa (1935) dilahirkan di Kafr el-Zayat Mesir. (Danial Zainal Abidin. Minda Muslim Super. 2008. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn. Bhd. Hlm 159)

·        Di Benua India – Mirza Ghulam,Ahmad, Sayyid Ahmad Khan, Syirag Ali, Abdullah, Al-Jukralawi, Muhibbul al-Haqq al Hazim Abadi dan lain-lain. (Shalahuddin Maqbul Ahmad. 2002. Jakarta : Pustaka Azzam. Hlm 79)

·        Di Malaysia (Nusantara) – Dr. Kassim Ahmad dan Othman Ali. Terpengaruh Dr. Rasyad Khalifa. Mengembang kefahaman anti hadis pada 1985. (Danial Zainal Abidin. Minda Muslim Super. 2008. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn. Bhd. Hlm 160)


No comments:

Post a Comment