my secret view

 photo 627201q5jaigt1eg.gif

Monday 20 May 2013

http://content.mycutegraphics.com/graphics/butterfly/butterfly5.pngLuah Perasaan Bukan Untuk Ber'Couple"

Cinta, rindu, sayang, benci itu adalah fitrah manusia yang Allah campakkan ke dalam diri. sesungguhnya manusia itu dalam keluh kesah. Sebut tentang meluahkan perasaan memang kita sekarang anak-anak muda seperti arumi, bahkan budak-budak sekolah ramai yang sudah pandai berkawan, bahasa standard "couple".. Arumi terfikir bolehkah dalam keadaan kita bercouple kita dapat mengawal diri daripada rindu, meluah kata sayang??... Ingatlah syaitan sentiasa berusaha untuk menghasut manusia ke arah yang tidak baik.. sama-sama dibawa kita ke neraka bersamnya.. Alhamdulillah siapa-siapa diluar sana dapat menjaga hatinya walaupun bercouple, bagi Arumi.. Arumi rasa tidak boleh.. lemahnya aku ya Allah... Aku insan yang sangat lemah, turun naik imannya tapi yang bercita-cita untuk menjadi insan yang Solehah!! tamak kan??... tak pe tamak mcm ni.. hehe

Arumi rasa tidak salah perempuan untuk memulakan dulu, meluahkan perasaan terhadap ar-rijal. Tapi sebelum tu fikir masak-masak dulu, banyak berdoa, minta pendapat sahabat yang boleh dipercayai, tak pun tanya ustaz ustazah kita. Untuk apa kita luah perasaan tu? Untuk menjalinkan percintaan sebelum berkahwinkah? Untuk ajaknya berkahwin kah?? cena tu?? Luah perasaan tidak semestinya nak ajak si rijal bercouple, Tapi untuk ketenangan hati ini. Dari pengalaman Arumi, Arumi pernah suka kan sesorang atas dasar agama dia dan akhlaknya.. Dalam masa yang agak lama Arumi prepare, diri.. wanita bukan insan yang kuat.. Niat tu kena betul, tujuan luah bukan untuk ajaknya bercouple tapi lebih kepada ketenangan hati, dan semangat untuk terus bergantung kepada Allah dan lebih kepada perbaiki diri yang serba kekurangan ini.

Alhamdulillah Arumi lebih tenang dari sebelumnya.. first thing to do, jom tanamkan rasa cinta kita kepada Allah, Rasul dan ibu bapa kita, jangan jadikan persaan kita ini mengganggu hubungan kita dengan Allah, tapi biarkan ia jadikan kita lebih rapat dengan Allah. Segala perbuatan kita ada kemungkinannya, mungkin dia bukan untuk kita, mungkin kita tidak terbaik untuk dia, mungkin kita milik dia, mungkin Allah nak yang terbaik lagi untuk kita.. bermacam-macam kemungkinan boleh berlaku, cuma kita hanya perlu berdoa, ikhtiar dan tawakal. Supaya kita dikalangan orang-prang yang redha dengan ketentuanNya.

Dah..ini pandangan Arumi..lebih kepada luahan hati Arumi, tak pon pengalaman Arumi.. so sahabat yang bertanya tu harap dapat membantu.. tapi tanyalah pada ahlinya.. Arumi pon banyak kekurangan..

Wallahu'alam...

Astaghfirullahal'azim
Astaghfirullahal'azim
Astaghfirullahal'azim

Tetapkan hatiku pada Mu.. jauhi aku kemurkaanMu...
Amin..

Friday 17 May 2013

http://content.mycutegraphics.com/graphics/butterfly/butterfly5.pngsave Gaza!!! Allahhuakhbar..

Kebetulan ada pameran di Pusanika UKM, so alang-alang pergi la tengok..ada apa sebenarnya.. sempat jugak snap-snap.. ^__^

ini gambaran bagaimana tentera Israel datang
dan menghalau penduduk Palestin
Tertarik dengan design diorang.. yg puti tu khemah
tentera Israel!!

prison~ dijadikan tempat untuk hukum gantung
...terkejut awal tu tengok ada mayat yg tergantung...
(bukan yg betul)


Arumi dengan sahabat dunia akhirat..

masa ni arumi tulis note "doa" for them.. :'(

Allahuakhbar!!!

http://content.mycutegraphics.com/graphics/butterfly/butterfly5.png~Alam Arwah~






perkongsian :

"Dan ingatlah wahai Muhammad ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia dijadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Ia bertanya dengan firmanNya) : Bukankah Aku Tuhan Kamu? Mereka semua menjawab : Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak : Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang hakikat (tauhid) ini. atau supaya kamu tidak mengatakan : Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan mereka yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu? Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran) 

Surah al A'raf : 172-174

Tahukah ?

di Bukit Rahmah yang tidak kurang luasnya : Nabi Adam diiringi para malaikat pergi di tengah-tengah lembah, lalu dengan qudrat Allah di keluarkan dari tulang belakangnya seluruh roh dari semua anak cucu zuriat keturunannya satu persatu. termasuk anak yang keluar kerana keguguran sehingga sesak padang itu.

sekiranya saat itu, roh tersebut di beri jasad maka sempitlah bumi ini. Hal ini membangkitkan persoalan Malaikat kepada Allah s.w.t:

Malaikat : "Wahai tuhan kami, bumi ini tidak akan cukup luas untuk tempat kediaman umat manusia"

Allah : "Aku nanti akan menjadikan di antara mereka itu, mati sehingga dengan demikian dunia ini akan tetap sahaja cukup untuk tempat tinggal mereka"

Malaikat : "Kalau begitu, mereka itu tidak akan tenang dalam kehidupannya"

Allah : "Nanti akan Ku jadikan masing-masing mereka itu mempunyai cita-cita dan harapan yang dikejar oleh mereka" ...

Oleh demikian, manusia itu setelah lahir di alam dunia ini hendaklah selalu ingat akan perjanjian asalnya ini, hendak sentiasa harus dijadikannya di depan matanya agar ia selalu siap sedia untuk memenuhi dan menunaikannya..

Wallahu'alam...